Lonjakan Jumlah Syarikat Asing Cerminkan Keyakinan Pelabur

2022-02-23 14:56:51  CRI
Share with:

Jumlah syarikat pelaburan asing yang baru berdaftar di China pada tahun 2021 meningkat 23.3% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat 61 ribu buah. Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam menyatakan bahawa angka ini mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi China berikutan suasana perniagaan domestik yang makin diperbaiki.

Wang menyatakan bahawa semasa wabak COVID-19 masih berleluasan di dunia ini dan ekonomi sejagat terjejas oleh rintangan yang bermacam-macam sepanjang proses pemulihan, China berjaya memulihkan perkembangan ekonomi secara konsisten dan berturut-turut mencapai hasil baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi, sehingga menjadikan daya tarikan pasaran gergasi miliknya semakin menonjol. 

Wang menyatakan bahawa China sejak sekian lama sudi berkongsi peluang pembangunan dengan pelbagai negara dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.