China Tegas Balas Penjualan Senjatan AS kepada Taiwan

2022-02-24 16:05:03  CRI
Share with:

Kerajaan China memutuskan mengambil tindakan balas terhadap dua syarikat dari Amerika Syarikat (AS), iaitu Raytheon dan Lockheed Martin yang selama ini tidak berhenti dalam menjual senjata kepada wilayah Taiwan, China. Apabila menyentuh isu memelihara kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara, China sama sekali tidak ragu-ragu.

Pada setengah bulan lalu, AS memutuskan akan menjual 'Program Perkhidmatan Kejuruteraan Antarabangsa (IESP)' dan 'Program Pengawasan Medan (FSP)' yang bernilai kira-kira USD100 juta (RM420 juta) kepada Taiwan. Ini penjualan senjata kali kedua pemerintah Biden kepada Taiwan. Washington berulang kali melanggar prinsip 'Satu China' dan 'tiga pengumuman bersama China-AS' terutamanya “pengumuman 17 Ogos”, sehingga menjadikan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta kestabilan Selat Taiwan terinjak-injak.

Menurut peraturan yang terkandung dalam Undang-undang Antisekatan Asing China,  keputusan Beijing tersebut adalah sah dan rasional, mencerminkan kehendak dan keazaman rakyat untuk membela kedaulatan dan keutuhan tanah air. Syarikat yang merosakkan kepentingan negara China semestinya dibalas dengan tindakan menjeret leher.

Pihak AS sentiasa mengeluarkan isyarat yang salah kepada aktivis“kemerdekaan Taiwan”. Baik pengumuman untuk menjual senjata kepada Taiwan, mahupun langkah tambahan yang bertujuan meningkatkan “kemampuan pembelaan kendiri” Taiwan dalam belanjawan pertahanan negara itu bagi tahun 2022, sudah terbukti sebagai ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.

Taiwan adalah sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan daripada China sejak zaman purba, dan prinsip 'Satu China' merupakan consensus masyarakat antarabangsa dan tatatertib antarabangsa yang diiktiraf umum. AS dan syarikat perindustrian ketenteraannya digesa mematuhi prinsip 'Satu China', serta menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan dan sebarang hubungan ketenteraan dengan Taiwan. Kalau AS degil 'bermain api', China pasti akan mengambil tindakan wqjar untuk membela kedaulatan dan kepentingan negara.