Eksport Tekstil dan Pakaian China Meningkat 8.4 Peratus pada 2021

2022-02-24 15:07:04  CRI
Share with:

Eksport tekstil dan pakaian China pada tahun 2021 meningkat 8.4 peratus berbanding tahun 2020, dengan mencatat USD315.5 bilion(RM1.32 trilion), iaitu rekod tertinggi dalam sejarah.

Menurut maklumat dari Majlis Tekstil dan Pakaian Kebangsaan China (CNTAC) pada hari ini, susulan pemulihan permintaan pengguna dan pertambahan tempahan dari luar negeri, eksport pakaian China sepanjang tahun 2021 meningkat 24 peratus berbanding tahun 2020, dan meningkat 16 peratus berbanding masa sebelum penularan pandemik COVID-19, dengan mencatat USD170.28 bilion (RM712.96 bilion), iaitu pencapaian yang terbaik sejak 2015.

Dalam perkembangan lain, keberkesanan ekonomi syarikat tekstil China juga diperbaiki dengan konsisten. Statistik menunjukkan, keuntungan yang diperoleh syarikat tekstil yang berskala tertentu di negara ini meningkat 25.4 peratus, menokok RMB 267.68 bilion (RM177.51 bilion) dengan kadar keuntungan pendapatan urusniaga mencatat 5.2 peratus yang merupakan tahap tertinggi sejak tahun 2018.