Eksport Nanas China ke Singapura dalam Kerangka RCEP
Majlis bertolak untuk kereta muatan 5 tan nanas yang akan dieksport ke Singapura, telah diadakan di kaunti Xuwen, provinsi Guangdong, iaitu lubuk nanas yang terbesar di China.
Kaunti Xuwen yang mempunyai tanaman nanas seluas 23,333 hektar mampu menyumbangkan 700,000 tan hasil setiap tahun, iaitu 1/3 keseluruhan domestik. Dalam tempoh menuai yang jatuh pada penghujung Februari tahun ini, 5 tan nanas yang berkualiti tinggi sudah selesai dipetik dan akan diangkut ke Shenzhen, lalu dari pintu sempadan Shekou dieksport ke Singapura menerusi laluan laut. Inilah kali pertama nanas hasil Xuwen dieksport ke negara pemeterai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), sejak perjanjian berkenaan berkuatkuasa pada tahun ini.