Wahana Informasi Wakil NPC Dirasmikan

2022-02-24 15:26:46  CRI
Share with:

Wahana informasi kerja wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah dirasmikan semalam. Dengan itu, semua prosedur termasuk penghantaran, pengurusan, interaksi, soal jawab, maklum balas dan pencarian sudah boleh ditangani secara dalam talian.

Ketua Setiausaha Jawatankuasa Tetap NPC, Yang Zhenwu berkata, pihaknya pernah menguji wahana tersebut sepanjang operasinya pada mesyuarat ke-4 NPC ke-13 pada Mac 2021, dan mendapati hasilnya cukup memuaskan.

Sementara itu, aplikasi mini “mesej wakil 2022” dijangka akan tersedia dalam wahana tersebut untuk memudahkan para wakil NPC mengeluarkan cadangan atau pandangan terhadap laporan kerja kerajaan dan sebagainya dalam tempoh mesyuarat ke-5 NPC ke-13 yang bakal berlangsung pada Mac akan datang.