Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-12 WTO di Geneva

2022-02-24 15:50:20  CRI
Share with:

Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-12 Pertubuhan  Perdagangan Dunia (WTO) akan dirasmikan di Geneva, Switzerland pada pertengahan  Jun nanti, lewat dua tahun dari jadual asalnya.  

Menurut Pengerusi Majlis Jeneral WTO, Dacio  Castillo semalam, mesyuarat yang menumpu kepada topik perbincangan kunci itu  dipercayai akan menyuntik kedinamikan kepada pertubuhan  berkenaan.

Untuk rekod, mesyuarat yang mula-mula  dirancang diadakan di Nursultan, ibu negara Kazakhstan pada Jun 2020 telah  ditangguhkan akibat pandemik wabak COVID-19, dan ditangguhkan sekali lagi ekoran  penularan varian Omicron setelah diganti tempat penganjuran ke Geneva pada akhir  November 2021.