WHO: Kadar Pemvaksinan Rendah di Afrika

2022-02-25 14:09:55  CRI
Share with:

Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di kawasan Afrika mengumumkan, sebanyak 400 juta dos vaksin COVID-19 telah digunakan dalam pemvaksinan di Afrika sejak bermulanya pelaksanaan Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global (COVAX) di benua itu setahun lalu.

Pada sidang media yang diadakan secara maya di Brazzaville, Republic of the Congo pada Khamis lalu, pejabat itu memaklumkan, kadar pemvaksinan di benua itu jauh lebih rendah dari yang dijangka setakat ini.

“Hanya 13 peratus daripada populasi benua itu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap. Kadar  pemvaksinan di 18 buah negara adalah di bawah 10 peratus, manakala stok vaksin di 29 buah negara dilaporkan tidak mencatat 50 peratus. Ini mengakibatkan kadar pemvaksinan di Afrika jauh lebih rendah berbanding dengan benua dan kawasan lain,” menurut pengumuman itu.

Dengan ini, WHO merancang mengambil langkah untuk mendorong program pemvaksinan di negara-negara Afrika pada tahun 2022. Pertubuhan itu dilaporkan bersama dengan rakan kerjasamanya telah menghantar 66 pakar ke 18 buah negara sejak bulan Januari lalu, bagi menjalankan penyelarasan dengan kerajaan negara terbabit dalam menangani masalah dari segi logistik, perancangan dan pemantauan kesan kuarantin sepanjang pelaksanaan program pemvaksinan.