Rang Resolusi Situasi Ukraine Gagal Diluluskan PBB

2022-02-26 15:59:59  CRI
Share with:

Pengundian terhadap rang resolusi melibatkan situasi Ukraine diserahkan Amerika Syarikat (AS) dan Albania telah dijalankan Majlis Keselamatan PBB semalam. Akhirnya, rang tersebut gagal diluluskan ekoran diveto pihak Rusia, walaupun terdapat 11 undi setuju. Selain itu, masih ada 3 undi berkecuali termasuk yang dibuang China.

 

Wakil tetap China di PBB, Zhang Jun dalam ucapan selepas pengundian tersebut menyatakan China sejak sekian lama memilih pendirian berdasarkan kebenaran, dan mengesyorkan bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara patut dihormati,  serta manifesto dan prinsip Piagam PBB patut dipatuhi bersama-sama.

Beliau menyeru pelbagai pihak terbabit agar mencari jalan penyelesaian melalui cara keamanan berdasarkan kesamarataan dan saling menghormati. Di samping itu, dialu-alukan sebarang usaha dilakukan untuk mendorong penyelesaian diplomatik dan menyokong Rusia dan Ukraine menyelesaikan konflik melalui rundingan.

 

Zhang Jun menekankan China menyeru pelbagai pihak mengawal diri secara maksimum, meredakan ketegangan dalam situasi semasa dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa maut serta kecederaan di kalangan rakyat jelata. Sementara itu, pelbagai pihak didesak kembali ke landasan diplomatik dan penyelesaian politik supaya  isu Ukraine dapat diselesaikan secara menyeluruh melalui dialog dan rundingan.