Laporan Kerja Kerajaan Dibahas Jawatankuasa Pusat PKC

2022-02-26 14:47:20  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis  China (PKC) mengadakan mesyuarat semalam dan membincangkan laporan kerja  kerajaan yang akan dibahaskan pada sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC)  China ke-13, di samping membahas Laporan Persepadu Tinjauan Pusingan Kelapan  Jawatankuasa Pusat Ke-19 dan Laporan Kerja Kunci Kumpulan Peninjau Jawatankuasa  Pusat pada 2021.

Menurut arahan yang diberikan dalam mesyuarat  tersebut yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping, perkembangan  mantap dijadikan keutamaan dalam pelaksanaan dasar makro tahun ini, manakala  juga ditegaskan peri pentingnya untuk memperdalam pembaharuan dan mendinamikkan  pasaran, memperkenalkan strategi pembangunan berorientasikan inovasi, mendorong  peningkatan permintaan domestik, dan menggalakkan penyelarasan dalam pembangunan  daerah serta urbanisasi baharu.

Sementara itu, China akan memperkasakan  pengeluaran pertanian dan merealisasikan pembangkitan seluruh kawasan luar  bandar, meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar dan mendorong perdagangan  luar dan pelaburan asing berkembang dengan mantap, memperbaiki ekologi  persekitaran dan mempopularkan pembangunan hijau dan karbon rendah, mencegah dan  menangani risiko kewangan serta berusaha mengelakkan risiko sistematik, menjamin  dan menambah baik hidup rakyat dan memperincikan tadbir urus masyarakat dengan  inovatif, di samping mempertingkat pembangunan kerajaan demi mencapai kejayaan  dalam memperjuangkan matlamat pembangunan sosioekonomi sepanjang tahun  ini.