Bekas Naib Setiausaha Agung PBB: NATO adalah Punca Krisis Ukraine

2022-02-27 14:15:33  CRI
Share with:

NATO adalah punca krisis Ukraine yang wujud pada masa ini, dan kunci penyelesaiannya dipegang dalam tangan negara-negara Eropah. Bekas Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang juga ahli sosiologi dari Itali, Pino Arlacchi berkata demikian ketika menerima wawancara wartawan CMG semalam waktu tempatan.

Menurut Pino Arlacchi, itulah sebuah masalah yang berlarutan selama lebih 30 tahun. Selepas Soviet Union mencerai berai, Rusia pernah mendapat janji dari NATO bahawa rancangan perluasannya ke timur tidak akan dilaksanakan. Namun janji kosong itu turut menyaksikan NATO yang berturut-turut mengembangkan sayapnya ke timur sehingga beberapa negara jiran Rusia sudah menjadi anggota NATO. Ini tidak dapat diterima oleh Rusia.

Tentang sekatan yang diambil beberapa negara Barat terhadap Rusia pada beberapa hari lalu, Arlacchi menganggap bahawa tindakan sekatan itu mungkin akan membawa pengaruh negatif yang lebih besar kepada pelaksananya, kerana Rusia sebagai sebuah negara besar yang hutang luarnya bukan banyak tetapi sumber domestik amat kaya, tambahan pula ia negara pengeksport utama di dunia ini.

Arlcchi khususnya menyatakan bahawa kunci penyelesaian krisis Ukraine dipegang negara-negara Eropah. Mereka sepatutnya mengumumkan NATO tidak menerima Ukraine sebagai anggotanya dan menjadikan pengumuman itu termaktub dalam satu perjanjian antarabangsa. Konflik itu boleh segera diselesaikan.