Sekatan AS dan Sekutunya Larang Rusia Guna Akses SWIFT

2022-02-27 16:07:45  CRI
Share with:

Perhubungan beberapa bank utama Rusia dengan sistem pembayaran antarabangsa milik SWIFT (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications) terputus susulan sekatan yang diumumkan Amerika Syarikat(AS), Kesatuan Eropah, Inggeris, dan Kanada pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan bersama AS dan sekutunya, langkah sekatan baharu tersebut bagi tujuan memutuskan hubungan sektor perbankan Rusia dengan sistem kewangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan keupayaan Rusia dalam menjalankan urus niaga di arena antarabangsa.

Dengan ini, sektor perbankan Rusia tidak dapat menjamin keselamatan dan keberkesanan dalam melakukan transaksi kewangan dengan sektor perbankan dari negara lain.

Sistem SWIFT terdiri daripada 11 ribu anggota,antaranya melibatkan hampir 300 bank Rusia pada masa ini.

Pendapatan eksport minyak dan gas asli Rusia yang menyumbang 40 peratus kepada jumlah pendapatan kewangan negara itu akan terputus akibat sekatan ini, dan Rusia akan menghadapi ancaman termasuk kerugian ekonomi dan naik turun kadar mata wang, selain sebilangan besar modal dijangka mengalir ke negara lain.