Wang Yi Berbincang dengan Menter Luar Jerman

2022-02-27 14:14:04  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock melalui telefon untuk bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Ukraine semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa China memberikan perhatian besar kepada perkembangan situasi Ukraine, menyokong semua usaha kondusif kepada peredaan situasai dan penyelesaian secara politik. Dalam masalah keselamatan Eropah, keprihatinan rasional setiap negara perlu dipentingkan. Beikutan NATO menjalankan perluasan ke timur sebanyak lima pusingan berturut-turut, tuntutan Rusia terhadap keselamatan negara sendiri sepatutnya mendapat respons yang wajar.

Dalam konteks sudah lama sejak berakhirnya Perang Dingin, NATO sepatutnya mempertimbangkan semula kedudukannya dan tanggungjawab yang dipikul. China menyokong rundingan antara NATO, Kesatuan Eropah dan Rusia diadakan semula untuk membentuk mekanisme keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan demi keamanan yang berkekalan di benua Eropah.  

Wang menyatakan, tindakan yang diambil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) perlu kondusif kepada penyelesaian krisis sekarang secara politik, dan bukannya bertujuan menghasut pertentangan atau perlawanan. Maka, dalam perbincangan terhadap resolusi UNSC mengenai isu Ukranie, China telah menghalangkan pengunaan ungkapan yang mengandungi perkataan 'membenarkan tindakan keras dan sekatan'. China akan terus memainkan peranan konstruktif untuk mewujudkan kedamaian.