ASEAN: Selesaikan Isu Ukraine secara Damai

2022-02-28 15:19:29  CRI
Share with:

Menteri-menteri Luar ASEAN menumpukan perhatian terhadap perkembangan situasi di Ukraine, menyeru pelbagai pihak terlibat bersabar, mengadakan dialog untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

Demikian kandungan Pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Thailand pada Ahad.

Mereke menyeru isu Ukraine diselesaikan secara damai berdasarkan Undang-undang Antarabangsa, Perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan Asia Tenggara.

Menteri-menteri Luar ASEAN yakin masih terdapat ruangan bagi rundingan damai dan pelbagai pihak harus bertindak damai, stabil dan aman di bawah prinsip saling menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah dan sama rata.