Keghairahan Tiga Generasi terhadap Sukan Ais dan Salji

2022-03-01 16:42:00  CRI
Share with:

Walaupun Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah menutup tirainya, namun keghairahan rakyat China terhadap sukan ais dan salji tetap semarak, bahkan boleh dinampak melalui gambar sebuah keluarga dari tiga generasi bermain ski ini.

Seiring dengan pempopularan sukan ais dan salji dalam kalangan rakyat, penduduk bandar Beijing kini boleh sampai ke tempat ski dengan pengangkutan awam dalam perjalanan sejam sahaja.

Untuk rekod, ketika bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach pada Februari tahun 2014, Presiden Xi Jinping berkata, Sukan Olimpik Musim Sejuk akan menggalakkan 300 juta rakyat China terlibat dalam sukan ais dan salji.