Apakah Pengaruh Ekonomi China kepada Dunia?
Jabatan Statistik Negara China mengeluarkan Kenyataan Statistik mengenai Pembangunan Ekonomi dan Sosial China 2021 pada Isnin. Kenyataan itu menyebut bahawa walaupun berdepan banyak tekanan dari dalam dan luar negara, ekonomi China tetap mewujudkan pertumbuhan pada kadar 8.1%. Di samping itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita naik sebanyak 8%. China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia telah menyuntik tenaga positif kepada ekonomi dunia yang ingin pulih.
Selain memperkukuh keyakinan global, ekonomi China juga telah memberikan sokongan kukuh kepada ekonomi dunia.
Pada 2021, kadar sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia mencapai 25%. Sementara itu, jumlah perdagangan kargo antara China dengan negara asing mencatat RMB39.1 trilion (RM163.94 trilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 21.4% berbanding tahun sebelumnya. Ini sekali gus meletakkan China di tempat teratas dalam perdagangan barangan dunia selama lima tahun berturut-turut.
Ini mencerminkan bahawa dunia memerlukan 'buatan China', manakala permintaan rakyat negara ini terhadap produk asing juga meningkat.
Dalam beberapa tahun lalu, senarai negatif akses pelaburan asing di China dipendekkan, tahap kemudahan pelaburan ditingkatkan, dan iklim perniagaan dioptimumkan. China menjadi sasaran bagi pelabur dari seluruh dunia.
Pada 2021, sebanyak 61,000 buah perusahaan pelaburan asing ditubuhkan di China, iaitu meningkat 23.3% berbanding tahun 2020. Taktala pandemik COVID-19 masih merebak di dunia dan pelaburan global masih lembap, peluang baharu muncul di pasaran gergasi China dan turut menarik semakin banyak syarikat multinasional berakar di negara ini.
Kereta api China-Laos beroperasi secara rasmi pada Disember tahun lalu. Kereta api sepanjang 1,035 kilometer itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan dari China ke Laos, malah juga dapat mengurangkan kos logistik dari Vientiane ke Kunming sebanyak 40% hingga 50%. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membantu negara-negara terlibat mewujudkan situasi menang-menang.
Apabila dunia berdepan ketidaktentuan, ekonomi China terus memainkan peranan signifikan dan menyuntik lebih banyak unsur penentu kepada pemulihan ekonomi global.