Imej 'Pembela Hak Asasi Manusia' AS Tumpang Sepenuhnya

2022-03-01 15:10:57  CRI
Share with:

Satu tinjauan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendapati bahawa lebih separuh rakyat di negara itu menganggap tahun 2021 ialah "tahun paling buruk" bagi mereka. Suara ini memperlihatkan situasi hak asasi manusia yang kian buruk di negara itu.

Kegagalan dalam melawan pandemik COVID-19 dianggap ironi berbesar bagi 'hak asasi manusia corak AS'. Pada 2021, jumlah kes positif COVID-19 di AS mencatat 34.51 juta dan jumlah kematian pula mencatat 480 ribu. Kedua-dua angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya dan masing-masing menduduki tempat teratas di dunia.

Di samping itu, jangka hayat purata rakyat AS berkurang 1.13 tahun dan merupakan penurunan terbesar sejak Perang Dunia ke-2. Ini akibat ahli politik AS mengabaikan nyawa dan kesihatan rakyat serta terus mempolitikkan wabak.


Imej 'pembela hak asasi manusia' AS tumbang sepenuhan di mata rakyat dunia pada 2021. Darilah rusuhan di Capitol Hill pada Januari, pengunduran tergesa-gesa tentera dari Afghanistan pada Ogos, hinggalah 'Sidang Kemuncak Demokrasi Pemimpin' pada Disember, AS telah memperlihatkan kepada dunia bagaimana 'hak asasi manusia corak AS' runtuh.

'Demokrasi' dan 'hak asasi manusia' selalu disebut-sebut, tetapi apa yang ada dalam mata ahli politik AS hanyalah kepentingan peribadi. Maka tak hairanlah banyak negara mengutuk AS ialah 'perosak paling besar bagi hak asasi manusia dunia' semasa sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada 2021.