China Rakan Dagang Terbesar ASEAN Selama 13 Tahun
China mempertahankan status rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 13 tahun secara berturut-turut sejak 2009, kata pegawai Kementerian Perdagangan China dalam sidang taklimat pada Selesa.
Menurut pegawai itu, kementeriannya akan memperkasakan pengkajian bersama tentang kebolehlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0.
Jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN pada 2021 membaharui rekod sejarah dan mencatat USD878.2 bilion dan menduduki 14.5 peratus dalam perdagangan luar China.
Pada masa yang sama, ASEAN menjadi rakan dagang terbesar bagi China dalam dua tahun lalu. Struktur perdagangan antara kedua-dua pihak kian optimum, hubungan rantai perindustrian dan rantai bekalan juga semakin erat. Sehingga akhir 2021, jumlah pelaburan kedua-dua pihak mencatat kira-kira USD300 bilion.
Penolong Menteri Perdagangan China, Sheng Qiuping memberitahu, China dan pelbagai negara anggota ASEAN akan mempergiat pelaksanaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menggalakkan lebih banyak negara memeterai perjanjian berkenaan. Sementara itu, China akan berusaha memuktamadkan rundingan susulan mengenai kenaiktarafan perjanjian perdagangan bebas dengan Singapura pada tahun ini, membina perjanjian perdagangan bebas yang lebih inklusif, moden, komprehensif dan menang-menang dengan anggota ASEAN.