78% Warga AS Tidak Puas Hati Hala Tuju Pembangunan Negara

2022-03-02 15:16:34  CRI
Share with:

Satu tinjauan terkini oleh Gallup mendapati, sebanyak 78% warga Amerika Syarikat (AS) tidak berpuas hati dengan hala tuju pembangunan negara itu.

Dalam pada itu, 42% warga AS menggambarkan situasi ekonomi di negara itu sebagai "buruk", dan 70% orang beranggapan "ekonomi AS menjadi semakin buruk".