Kunjungan Pompeo Ke Taiwan Tidak Berniat Baik
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengadakan kunjungan ke wilayah Taiwan, China bermula Rabu. Digelar sebagai 'Setiausaha Negara terburuk dalam sejarah', 'penghasut kebencian', dan 'pembohong' oleh media antarabangsa, kunjungan Pompeo kali ini pula tidak berniat baik.
Pompeo tidak mahu melepaskan mimpinya untuk menjadi presiden, dan pada masa yang sama, beliau ingin memperoleh keuntungan besar dari Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan, contohnya, melalui syarahan.
Sehari sebelum kunjung Pompeo ke Taiwan, kerajaan AS telah menghantar satu rombongan yang terdiri daripada bekas pegawai pertahanan dan keselamatan ke Taiwan. Ini menandakan bahawa sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang dari AS, mereka menganggap Taiwan sebagai alat untuk memperoleh manfaat politik dan memenangi undi.
Oleh yang demikian, DPP diseru memandang situasi semasa dengan jelas, sokongan Pompeo tiada makna sebenar, sebaliknya akan menambah ketegangan di rantau Selat Taiwan dan menjejaskan kepentingan penduduk di pulau itu.
'Sokongan' oleh mana-mana pihak dari AS kepada Taiwan pasti akan menjadi sia-sia sahaja. AS digesa menaati prinsip satu China dan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, menghentikan komplot menyekat China melalui Taiwan. Keazaman, keteguhan dan kemampuan China untuk memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah tidak boleh dipandang rendah.