Semangat Paralimpik Bermakna Istimewa Berdasarkan Situasi Terkini
Malam ini, bandar Beijing akan menjadi saksi kepada satu lagi sejarah iaitu pembukaan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022.
Satria pernah membuat liputan ke Paralimpik 2008 dan Para Asia 2010, bahkan turut menjalinkan persahabatan dengan beberapa atlet paralimpik Malaysia. Meskipun begitu, Satria secara terus terang bahawa dulu langsung tidak pernah memberi tumpuan kepada Paralimpik Musim Sejuk.
Memandangkan China menjadi tuan rumah pada kali ini, Satria kerap mengikuti laporan-laporan yang berkaitan. Ternyata, setelah membaca latar belakang bagaimana temasya sukan ini diwujudkan, Satria terus rasa berminat untuk terus mengikuti sukan yang berasal di Stoke Mandeville, Buckinghamshire, United Kingdom (UK).
Jika diikutkan sejarah, ketika Sukan Olimpik London diadakan pada 1948, seorang doktor menganjurkan 16 orang kurang upaya mengadakan pertandingan memanah dengan berkerusi roda.
Kali ini, selain api Paralimpik yang dinyalakan di Stadium Stoke Mandeville, lapan api Paralimpik di Beijing juga dinyalakan untuk dihimpunkan, sekali gus menjadi api Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan mengadakan larian obor.
Lapan api ini masing-masing bermakna istimewa dan telah menarik tumpuan Satria.
Antaranya termasuk “api cahaya” dinyalakan di sebuah sekolah orang buta, “api saling membantu” dinyalakan di sebuah komuniti penduduk, “api harapan” dinyalakan di Perpustakaan Buku Tulisan Buta China, “api sumber air” dinyalakan di pelabuhan sungai, “api damai” yang dinyalakan di Tembok Besar, “api bersih” yang dinyalakan di taman perindustri tenaga baharu, “api tamadun” dinyalakan di kota Huangdi (nenek moyang orang China) dan “api Olimpik” yang dinyalakan di Taman Tiantan.
Semangat saling membantu, harapan dan kedamaian, ini bukan hanya bermakna penting bagi OKU, tapi juga bermakna istimewa berdasarkan situasi terkini.
Dua minggu yang lalu, Sukan Olimpik Musim Sejuk menutup tirai di Beijing. Kita menyaksikan semangat sukan berjaya mengatasi gangguan politik, para atlet dari seluruh dunia bersama-sama memperlihatkan semangat “lebih tinggi, lebih laju, lebih kuat dan bersatu-padu” di sini.
Namun, siapa sahaja yang sanga dalam tempoh seminggu ini, dunia mengalami perubahan yang amat dahsyat!
Malam ini, kawan-kawan dari seluruh dunia berkumpul di Beijing lagi, bukan hanya untuk mengadakan pertandingan saja, malah untuk menonjolkan semangat “saling membantu”, “harapan” dan “kedamaian”.
Ya benar, kita perlu memberi tumpuan kepada OKU, tapi pada masa sama kita juga tidak mahu menyaksikan lebih ramai orang menjadi OKU ekoran perang.
Menggalakkan semangat saling membantu mengalihkan saling bertentangan, memberi harapan kepada pihak lain bukanlah memaksa pihak lain ke jalan buntu, menghentikan perang dan mencari penyelesaian mengawal kedamaian kekal abadi.