Bertenang, Elakkan Kematian dan Kecederaan Rakyat Jelata: China

2022-03-04 15:30:53  CRI
Share with:

China menyeru pelbagai pihak mengenai isu Ukraine bertenang dan meredakan situasi supaya mengelakkan kematian dan kecederaan rakyat jelata. Di samping itu, China menggesa pihak-pihak berkaitan menghentikan tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia, mengelak konfrontasi dan sekatan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah melaui dialog.

Demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu dalam sesi perdebatan kecemasan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) mengenai isu Ukraine pada Khamis lalu.

Chen Xu berkata, China menumpukan perhatian tinggi terhadap perkembangan situasi di Ukraine dan tidak inginkan situasi pada masa ini. China menyokong dan menggalakkan segala usaha diplomatik bagi penyelesaikan krisis di Ukraine secara damai, mengalu-alukan Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan langsung.

Beliau menambah, segala tindakan PBB atau pihak berkenaan haruslah mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau serta keselamatan awam, perlu bermanfaat bagi meredakan situasi atau menggalakkan penyelesaian diplomatik.

Chen menegaskan, China menentang tindakan mempolitikkan hak asasi manusia atau memberi tekanan kepada negara lain menggunakan isu hak manusia, dan menolak penubuhan suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas mengenai isu Ukraine.