Fakta Buktikan AS Betul-betul Pembuat Genosid

2022-03-04 15:01:26  CRI
Share with:

Laman web Kementerian Luar China menyiarkan artikel yang bertajuk Fakta Sejarah dan Bukti Nyata tentang Genosid ke atas Orang Indian di Amerika Syarikat (AS). Artikel itu telah mengenang kembali sejarah tragis orang Indian dari pembinasaan jasad ke pemupusan budaya, dan menunjukkan banyak jenayah pencabulan hak asasi manusia oleh AS dengan menggunakan fakta yang benar.

Genosid, pengusiran, asimilasi paksa... Sejak penubuhan AS, negara itu secara sistematik merampas hak hidup, hak asas politik, ekonomi dan budaya orang Indian melalui pelbagai cara yang kejam. Langkah tersebut sama sekali genosid sama ada berdasaskan undang-undang antarabangsa mahupun undang-undang domestik negara itu.

Statistik menunjukkan bahawa jumlah penduduk Indian menjunam daripada 5 juta pada tahun 1492 kepada 250 ribu pada awal abad ke-20. Seiring dengan populasi Indian yang merosot, asimilasi paksa dan pemusnanhan budaya secara besar-besaran ke atas orang India amat kejam. Perampasan sepenuhnya hak autonomi menjadikan kaum Indian kemiskinan mutlak; pemupusan budaya dan larangan kanak-kanak Indian untuk bertutur dalam bahasa sendiri pula mengakibatkan kaum itu menghadapi krisis hidup dan membangun hingga ke masa sekarang.


Persekitaran hidup yang semakin buruk, jaminan sosial yang kurang, status politik yang rendah... Orang Indian menjadi golongan yang lemah dalam masyarakat.

AS sentiasa menyebut diri sebagai "guru hak asasi manusia". Namun negara itu secara terang-terangan mencampuri urusan dalaman dan status hak asasi manusia negara lain secara sesuka hati, di samping menyembunyikan keadaan hak asasi manusia yang buruk di negara sendiri.

Tindakan AS tersebut dicela keras oleh masyarakat antarabangsa. Pelbagai negara mengutuk genosid dan pencabulan hak asasi manusia ke atas kaum Indian di AS dalam beberapa persidangan antarabangsa termasuk sesi Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan menggesa negara itu merenung semula dan membetulkan kesalahannya.

AS janganlah berpura-pura tidak mendengar suara kritikan ini dan patut menghadapi jenayahnya dengan sikap yang betul.