Tuaian Teh Musim Bunga di Sichuan

2022-03-05 12:14:11  CRI
Share with:

Pasar perniagaan teh di pekan Zhongshan kaunti Hongya provinsi Sichuan China dibuka pada 1 Mac lalu. Ini menandakan ketibaan musim tuaian dan penjualan teh musim bunga di kawasan itu. Lebih 50 pedagang dari pelbagai kawasan datang untuk membeli teh tersebut. Terdapat ladang teh seluas 20 ribu hektar di kawasan tersebut yang turut menambah pendapatan bagi 100 ribu orang petani tempatan.