Sasaran Pertumbuhan KDNK Sekitar 5.5 Peratus Tahun Ini

2022-03-05 11:07:23  CRI
Share with:

Sidang Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13 China membuka tirainya di Dewan Besar Rakyat pagi tadi. Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan negara menghadiri upacara perasmian tersebut. Perdana Menteri, Li Keqiang membuat laporan kerja kerajaan.

Li menyatakan, sasaran utama pembangunan negara pada tahun ini adalah kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di sekitar 5.5 peratus, menawarkan lebih 11 juta peluang kerja di bandar dan pekan, dan kadar pengangguran di bandar dan pekan dikawal di bawah 5.5 peratus.

Di samping itu, kadar kenaikan harga pengguna akan dikawal pada 3 peratus dan peningkatan pendapatan rakyat selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

Menurut Li, kerajaan akan berusaha menstabilkan dan meningkatkan kualiti import dan eksport, dan mengimbangkan pendaptan dan perbelanjaan antarabangsa.

Sementara itu, kerajaan akan berusaha memastikan jumlah penghasilan bijirin melebihi 6,500 bilion kilogram, persekitaran ekologi terus dibaiki dan jumlah pelepasan bahan pencemaran utama terus berkurang.