Ekonomi China yang Mapan, 'Penstabil' Ekonomi Global

2022-03-06 15:48:56  CRI
Share with:


Laporan kerja kerajaan yang dibuat Perdana Menteri, Li Keqiang dalam Sidang Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13 yang dirasmikan semalam telah membuat kesimpulan tentang pencapaian pembangunan negara ini sepanjang tahun lalu, di samping menggariskan misi-misi utama bagi tahun ini. Laporan itu menyebut "kerja menstabilkan pertumbuhan akan diperkasakan lagi".


Walaupun mendepani banyak risiko dan cabaran pada tahun 2021, ekonomi China tetap mempertahankan pemulihan dan pertumbuhan, dengan agregat ekonomi China mencapai RMB114.4 trilion (RM75.34 trilion). Agregat ini meningkat bersamaan USD3 trilion, dan angka besar ini tidak pernah berlaku dalam sejarah ekonomi dunia.


Pada masa sekarang, pandemik masih menular di dunia dan China masih menghadapi situasi luar yang rumit lagi tidak menetu. Oleh itu, China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi di sekitar 5.5 peratus pada tahun ini, dengan mengambil kira situasi dalam dan luar negara.


Selain itu, menurut laporan kerja kerajaan, matlamat utama bagi tahun ini termasuk menawarkan lebih 11 juta peluang kerja di bandar dan pekan, dan kadar pengangguran di bandar dan pekan dikawal di 5.5 peratus ke bawah; kenaikan harga pengguna dikawal di sekitar 3 peratus; jumlah penghasilan bijirin melebihi 650 bilion kilogram, dan lain-lain. Ini mencerminkan bahawa faktor-faktor yang berkait rapat dengan "menstabilan pertumbuhan" seperti jaminan pekerjaan, kesejahteraan rakyat dan kawalan risiko, telah diambil kira semasa menetapkan sasaran pertumbuhan bagi tahun ini.


Pada masa yang sama, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, mengintensifkan pelaksanaan senarai negatif akses modal asing, mengamalkan layanan kerakyatan kepada perusahaan asing, mengoptimunkan suasana perdagangan untuk menarik lebih banyak pelaburan dan lain-lain.


Sebagai entiti ekonomi kedua besar di dunia, selain berusaha mencapai sasaran pada tahun ini, China pasti akan menyumbangkan lebih banyak tenaga positif kepada pemulihan ekonomi dunia dan berperanan sebagap 'penstabil' ekonomi global.