Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Kejayaan Rakyat China dan Dunia: Xi

2022-03-06 17:09:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach pada 2 Mac.

Xi menyatakan bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah berakhir. China telah berjaya menunaikan janjinya iaitu menganjurkan temasya Olimpik yang sederhana, selamat dan cemerlang kepada dunia. Prestasi China mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, inilah kejayaan rakyat China. Rakyat ialah sumber kekuatan untuk menganjurkan temasya sukan tersebut. Sebanyak 300 juta rakyat di negara ini melibatkan diri dalam sukan ais dan salji, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan sukan ais dan salji.

Menurut Xi, temasya sukan ini juga kejayaan rakyat seluruh dunia. Atlet dari seluruh dunia berkumpul di bawah lima gelang Olimpik, saling hormat dan saling galak, sehingga membawakan harapan kepada rakyat global, di samping merangsang umat manusia untuk meningkatkan perpaduan, mengatasi kesukaran semasa dan bersama mara ke depan.

Xi dalam suratnya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bach dan IOC atas sokongan kukuh kepada penganjuran temasya sukan tersebut.

Baru-baru ini, Thomas Bach mengirim surat kepada Presiden Xi Jinping untuk mengucapkan syabas atas kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.