Laporan Kerja Kerajaan China Menjadi Tumpuan Asing

2022-03-06 15:37:05  CRI
Share with:

'Dua persidangan' iaitu persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan persidangan tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), bukan sahaja mempunyai erti sigfinikan bagi negara China, malah turut menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia.

Beberapa duta besar ke China, pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke China dan pegawai pertubuhan antarabangsa telah diundang menyertai majlis perasmian sidang NPC semalam.

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang telah mengimbas kembali pencapaian utama pembangunan sosioekonomi negara ini sepanjang tahun lepas, di samping menetapkan sasaran, hala tuju dasar makro, dan tugas utama kerajaan pada tahun ini.

Duta Besar Palestin ke China, Fariz Mehdawi menyatakan bahawa angka-angka yang disebut dalam laporan kerja kerajaan dapat mencerminkan matlamat yang perlu dicapai oleh China dalam jangka masa pendek serta bidang-bidang yang perlu diperbaiki pada masa hadapan. Beliau yakin kerajaan China telah memilih jalan yang betul.

Penyelaras Sistem PBB ke China, Siddharth Chatterjee memuji 'pengalaman China' dan 'pelan China'. Beliau berkata bahawa laporan itu mencerminkan dasar awam China yang kukuh dan efektif. China telah mewujudkan pembangunan ekonomi dan sosial di samping  mengawal penularan pandemik dengan berkesan. Pada masa yang sama, beliau juga amat gembira mengetahui bahawa China akan melaksanakan strategi penjanaan kawasan luar bandar dan menggalakkan pembangunan rendah karbon dan mesra alam.

Wakil Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD) di China, Matteo Marchisio menegaskan bahawa beliau menanti-nantikan China dapat mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam sektor pembangunan kawasan luar bandar.

"Pada tahun lepas, China telah berjaya menghapuskan kemiskinan mutlak. Bagi China, inilah pencapaian yang sungguh cemerlang. Dalam lima tahun akan datang, China perlu mempertahankan pencapaian ini dan mengelakkan penduduk kembali kemiskinan. Ramai penduduk yang keluar dari kemiskinan masih tinggal di kawasan luar bandar, oleh itu, pembangunan kawasan luar bandar perlu diberikan tumpunan perhatian." kata Matteo Marchisio.