Wang Yi: Bawa Hubungan China-AS ke Landasan Betul

2022-03-07 17:34:52  CRI
Share with:

Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) perlu dibawa kembali ke landasan yang betul.

Menteri Luar, Wang Yi membuat gesaan demikian ketika berlangsungnya taklimat media melalui pautan video sempena persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Dewan Besar Rakyat di Beijing, petang ini.

Ahli Dewan Negara itu menyatakan, pertarungan kuasa besar bukan arus sezaman, manakala mainan campur-tolak bukan pilihan yang tepat.

Menurut beliau, pada zaman globalisasi yang semakin saling bergantung ini, bagaimana China dan AS menemukan cara yang tepat untuk bergaul antara satu sama lain, bukan sahaja persoalan baharu bagi umat manusia, malah juga suatu yang perlu dirungkai bersama dua negara.

Sempena ulang tahun ke-50 Kenyataan Shanghai, Wang mengesyorkan dua buah negara itu supaya melangkah ke hadapan dengan menjunjung tiga prinsip, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai serta berkolaborasi demi saling untung.

Beliau ingin melihat dasar AS terhadap China kembali bertaut ke arah yang munasabah dan pragmatik.