COVID-19: Hong Kong Hargai Bantuan Tanah Besar

2022-03-07 12:05:37  CRI
Share with:

Pelbagai pihak di Tanah Besar antaranya agensi kerajaan, pertubuhan sosial, perusahaan dan masyarakat awam berturut-turut menzahirkan sokongan dan hasrat untuk membantu Hong Kong melawan wabak COVID-19.

Jurucakap kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong pada Ahad berkata, antara barang bantuan yang disumbangkan Tanah Besar termasuk 1.41 juta kit ujian pantas COVID-19, 300 ribu pelitup mulut dan hidung, 11 ribu pakaian pelindung, 2,200 katil hospital serta sumbangan kewangan berjumlah HKD15 juta.

Jurucakap itu merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan tersebut, sambil menyifatkannya memaparkan semangat saling membantu yang ditunjukkan rakyat China.