Skop Pembiayaan AIIB Diperluas sehingga AS$20b

2022-03-08 11:19:50  CRI
Share with:


Lembaga Pengarah Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) meluluskan lanjutan Kemudahan Pemulihan Krisis (CRF) COVID-19 sehingga akhir 2023 untuk terus menyokong anggotanya dalam melawan pandemik dan mengatasi cabaran rejuvenasi ekonomi.

Pelanjutan itu dibuat dengan peningkatan jumlah pembiayaan, menjadikan skop dana berkenaan meningkat kepada AS$20 bilion (RM83.6 bilion) berbanding AS$13 bilion (RM54.3 bilion) sebelum ini.

Presiden AIIB, Jin Liqun menyatakan kesuraman ekonomi dunia mendepani suasana ketidakpastian ekoran penularan COVID-19, pihaknya bersedia berganding bahu dengan agensi antarabangsa lain untuk terus membantu anggota AIIB mengatasi wabak.