WGS 2022 Fokus Tema "Corak Masa Depan Kerajaan"

2022-03-08 14:23:17  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) ke-8 dijadual berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29 hingga 30 Mac, dengan tema "Corak Masa Depan Kerajaan".

Agenda itu dimaklumkan Menteri Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jarak Jauh UAE, Omar bin Sultan Al Olama dalam sesi dialog WGS yang diadakan di Museum of the Future pada Isnin. 

Menurut beliau, hampir 4,000 pakar dan pembuat dasar dari 190 buah negara bakal menghadiri edisi ke-8 WGS untuk membincangkan hala tuju pembangunan kerajaan dalam tempoh sepuluh tahun seterusnya.