Amanah, Kebertanggungjawaban China Terserlah

2022-03-08 14:15:10  CRI
Share with:

Menteri Luar Wang Yi dalam taklimat media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Isnin menghuraikan pendirian China mengenai situasi Ukraine, hubungan antara kuasa besar, tadbir urus global dan lain-lain.


Menyentuh isu Ukraine, Wang menyeru supaya masyarakat antarabangsa menumpukan kepada usaha perdamaian menerusi rundingan dan mengelak berlakunya krisis kemanusiaan berskala besar di negara tersebut.


Tatkala berdepan cabaran ekoran COVID-19, China terus-menerus menghulurkan bantuan kepada negara lain khususnya negara membangun, sekali gus memaparkan semangat solidariti menerusi tindakan praktikal.


Dalam senario ini, kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing turut menyuntik lebih banyak tenaga kepada seluruh dunia.


Menerusi usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pelaksanaan Inisiatif Pembangunan China dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), China menyumbang kepada pembinaan pasaran terbuka dan perungkaian cabaran melalui kerjasama sejagat.


Menyebut tentang hubungan China-Amerika Syarikat (AS), Wang menekankan bahawa hubungan kedua-dua negara perlu dibawa kembali ke landasan yang betul.


Beliau mengesyorkan supaya dua negara itu melangkah ke hadapan dengan menjunjung tiga prinsip, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai serta berkolaborasi demi keuntungan bersama.


Ini memperlihatkan kesungguhan China dalam mendorong pembinaan hubungan antarabangsa model baharu demi memberikan lebih banyak unsur kepastian kepada dunia.


Wang turut mengulangi pendirian China yang mengamalkan multilateralisme sebenar dan memegang prinsip “damai, bersatu, terbuka dan kolaboratif”.


Ia sekali gus mempamerkan amanah dan kebertanggungjawaban China selaku kuasa besar, dengan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.