NPC, CPPCC Refleksi Amalan Demokrasi China

2022-03-09 14:57:49  CRI
Share with:


Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), atau sesi lianghui, adalah satu gambaran yang hidup tentang praktik demokrasi di China.

Ia juga merupakan susunan keinstitusian yang penting dalam mengamalkan demokrasi rakyat sepanjang proses.

Pembahasan draf pindaan Undang-undang Organik Kongres Rakyat Tempatan dan Kerajaan Rakyat Tempatan (Organic Law of the Local People's Congresses and Local People's Governments) antara pengisian yang dilakukan semasa sesi NPC tahun ini.

Antara yang dibahaskan termasuk memperkenalkan komponen baharu “demokrasi rakyat sepanjang proses” ke dalam undang-undang tersebut.

Konsep “demokrasi rakyat sepanjang proses” yang diajukan Parti Komunis China (PKC) mencakupi segenap aspek tadbir urus negara membabitkan pemilihan, perundingan, pembuatan dasar, pengurusan, penyeliaan dan lain-lain.

Dengan adanya prosedur sistem yang lengkap serta praktik dan penyertaan luas, ia merupakan cerminan inti pati sistem demokrasi China iaitu rakyat benar-benar menjadi tuan negara.

Ambil pemilihan sebagai contoh, wakil NPC dari kesemua lima peringkat dalam negeri dipilih secara terus oleh rakyat.

Antaranya mereka yang mewakili peringkat akar umbi menduduki 94.5 peratus daripada keseluruhan wakil NPC.

Dari segi pembuatan dasar, kerajaan mendengar suara dan keluhan rakyat di akar umbi.

Menerusi pembukaan lebih banyak pusat perhubungan rakyat serata negara, pihak pembuat dasar menggalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam proses perundangan dengan meluahkan ekspresi dan aspirasi mereka mengenai dasar negara.

Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 mendapati, tahap kepercayaan rakyat China kepada kerajaan mencapai 91 peratus, menduduki tangga pertama di dunia. Prestasi cemerlang itu merupakan refleksi yang sebenar daripada amalan demokrasi di China.