AS Digesa Terima Pengusutan Aktiviti Bio-ketenteraan

2022-03-09 12:16:16  CRI
Share with:

China mengulangi gesaan supaya Amerika Syarikat (AS) memberi penjelasan menyeluruh mengenai aktiviti ketenteraan biologinya di dalam dan luar negeri, sambil menerima pengusutan pelbagai pihak.


Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media pada Selasa ketika menyentuh isu makmal biologi AS di Ukraine.


Zhao memetik sumber media sebagai berkata, banyak virus berbahaya disimpan di dalam makmal biologi tersebut.


Semasa menjalankan operasi ketenteraan di Ukraine, Rusia juga mendapati AS menggunakan fasiliti berkenaan untuk melaksanakan program bio-ketenteraan.


“Menurut data AS, negara itu telah membina 26 makmal biologi dan kemudahan berkaitan lain di Ukraine, yang terletak di bawah kawalan mutlak Pentagon.


“Semua virus berbahaya di Ukraine mesti disimpan di makmal tersebut, dan segala aktiviti penyelidikan diterajui AS. Tiada maklumat boleh didedahkan tanpa kebenaran AS,” kata Zhao.


Demi kesihatan dan keselamatan rakyat Ukraine dan kawasan sekitar bahkan seluruh dunia, Zhao menyeru supaya pihak-pihak terbabit khususnya AS memastikan keselamatan makmal berkenaan terjamin, dan mendedahkan maklumat terperinci secepat mungkin.


Tambah Zhao, kegiatan bio-ketenteraan AS di Ukraine hanya sebahagian kecil daripada aktiviti seumpama yang dilancarkan AS.


Pentagon mengawal 336 makmal biologi di 30 negara atas nama "mengurangkan risiko bio-keselamatan dan meningkatkan kesihatan awam sejagat melalui kerjasama".


Dilaporkan, Kedutaan Besar AS di Ukraine telah memadam maklumat berkaitan makmal berkenaan.