OHCHR Diseru Jalankan Dialog, Kerjasama Membina

2022-03-09 12:15:00  CRI
Share with:

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) diseru untuk terus meningkatkan sokongan terhadap hak dan kepentingan dalam ekonomi, sosial, kebudayaan serta pembangunan.

Menurut Wakil Tetap China di PBB, Chen Xu, OHCHR pada masa sama perlu mendorong hubungan sesama anggota melalui dialog dan kerjasama, sambil menentang penggunaan hak asasi manusia sebagai senjata politik.

Memetik ucapannya ketika mesyuarat ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Selasa, beliau berkata pihaknya menyanjung tinggi usaha OHCHR ketika menghadapi isu hak asasi manusia yang terpalit akibat pandemik COVID-19.

"Penularan wabak kali ini mendedahkan kelemahan agensi melibatkan hak asasi manusia dalam sektor ekonomi, sosial dan kebudayaan serta hak pembangunan.

"Oleh itu, OHCHR diseru terus menambah input terhadap hak dan kepentingan tersebut, membantu pelbagai negara terutama negara membangun mengatasi pandemik, merealisasikan pembangunan mampan sosioekonomi, di samping menyediakan bantuan teknikal hak asasi manusia dengan persetujuan negara terlibat," ujar Chen.

Beliau turut berharap OHCHR akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara objektif, menghormati jalan pembangunan hak asasi manusia yang dipilih sesebuah negara itu serta menghormati maklumat yang disediakan oleh kerajaan pelbagai negara.