Hospital Persahabatan China-Kemboja Kini Beroperasi
Setelah melalui fasa pembinaan selama tiga tahun, Hospital Persahabatan China-Kemboja Tbong Khmum akhirnya siap dibina dan beroperasi secara rasmi.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam menyatakan bahawa China dan Kemboja adalah rakan perkongsian strategik komprehensif, dan kedua-dua pihak sedang bersama-sama membina Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkualiti tinggi.
Menurut beliau, hospital terbesar peringkat provinsi di Kemboja itu merupakan satu lagi mercu tanda kerjasama kedua-dua negara.
Zhao berkata, China akan meneruskan lagi kerjasama dengan Kemboja dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk menyokong pembangunan ekonomi dan usaha menaik taraf kehidupan rakyat Kemboja.
Difahamkan, hospital tresebut akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada penduduk lima provinsi bahagian utara negara itu.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.