Pakar Mata: Kerajaan China Cakna Kesejahteraan Rakyatnya

2022-03-10 15:03:37  CRI
Share with:


Kerajaan China sentiasa mengutamakan tentang keadaan kehidupan rakyatnya, kata Lilia Anatolievna Popova,  pakar oftalmologi dari Kazakhstan yang sudah berada di China selama lebih 20 tahun.

"Ketika baru tiba di sini, hanya terdapat jalan sempit di depan hospital, tiada banyak bangunan tinggi selain kedai-kedai bersaiz kecil. Bandar Daqing mengalami perubahan sungguh besar.

"Banyak bangunan tinggi telah dibina di bandar ini, jalan-jalan dan kedai-kedai dinaiktaraf, jenis barangan jualan semakin banyak dan perjalanan juga semakin mudah," kata Popova.

Wanita yang berusia 80 tahun itu bertugas sebagai pakar asing di Hospital Oftalmik Daqing, provinsi Heilongjiang China sejak tahun 1998, selepas bersara dari Jabatan Oftalmologi Hospital Pusat Alma-Ata di Kazakhstan.

Menurut laporan kerja kerajaan yang dikemukakan kepada mesyuarat ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 untuk dibahaskan baru-baru ini, China akan memperuntukkan lebih banyak dana dalam projek bagi meningkatkan taraf kesejahteraan hidup rakyat.

Ketika menyentuh tentang perkara ini, Popova menyifatkan pembaikan keadaan perubatan di hospital sebagai antara bukti peningkatan taraf hidup rakyat di China.

"Hospital kami tidak mempunyai teknologi dan peralatan oftalmologikal maju pada masa dulu.

"Namun sekarang, bukan sahaja sebuah bangunan baharu selesai dibina di  sini, malah kemudahan pemeriksaan dan perubatan oftalmologikal maju telah diimport.

"Saya perlu terus belajar dan menjalankan penyelidikan kerana pengetahuan saya tidak cukup lagi susulan kaedah perubatan bertambah banyak pada masa ini," ujar Popova lagi.