RCSC Hantar Bantuan Kemanusiaan kepada Ukraine

2022-03-10 14:46:48  CRI
Share with:

Bantuan kemanusiaan oleh Persatuan Palang Merah China (RCSC) sebanyak 1,000 bungkusan bertolak dari Beijing ke Ukraine pada Rabu sebagai usaha membantu pelarian yang terkesan akibat konflik.

Antara yang terkandung di dalam setiap bungkusan tersebut adalah selimut, pad kalis lembap, tuala, pinggan mangkuk, baldi dan lampu suluh.

Dalam satu kenyataan, RCSC memaklumkan bahawa ia menjunjung tinggi tujuh prinsip Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, cakna kepada perkembangan situasi semasa dan keperluan kemanusia, serta membekalkan bantuan secara berterusan.

Ia sekali gus mencerminkan peranan China yang bersifat membina dalam meredakan ketegangan di Ukraine.

Sementara itu, China menyeru pihak terbabit menyokong, menjaga dan meneruskan rundingan antara Rusia dengan Ukraine sehingga mencapai kedamaian, di samping sedaya upaya mempertahankan diri untuk mengelak daripada berlakunya krisis kemanusiaan berskala besar.

Terdahulu, Menteri Luar China, Wang Yi pada Isnin menyarankan enam saranan untuk mencegah krisis kemanusiaan di negara itu.

Ia adalah termasuk mengekalkan prinsip berkecuali dan adil dalam tindakan kemanusiaan, menempatkan pelarian Ukraine dengan baik, memberi jaminan agar akses bantuan kemanusiaan berjalan lancar, mengizinkan warga asing dibantu untuk meninggalkan Ukraine dan mengoptimumkan peranan PBB sebagai penyelaras.