China Sambut Baik Peta Garisan Dicapai Iran, IAEA

2022-03-10 15:02:51  CRI
Share with:

China menyambut baik peta garisan yang dicapai Iran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menyelesaikan isu nuklear berkenaan.


Kaunselor Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Wang Chang berkata China menyokong kedua-dua pihak menangani percanggahan pendapat melalui dialog.


Berucap dalam mesyuarat Lembaga Gabenor IAEA pada Rabu, Wang menyatakan China menyokong IAEA melanjutkan kerja-kerja pengesahan dan pemantauan di Iran berasaskan prinsip objektif, berkecuali dan saksama selaras dengan mandat yang diberikan kepadanya.


Wang menyeru semua pihak terlibat mempertingkatkan usaha diplomatik pada fasa terakhir rundingan perjanjian nuklear Iran di Vienna, sambil menyelesaikan isu-isu tertangguh.


Tambah beliau, selaku pencetus krisis nuklear Iran, Amerika Syarikat (AS) patut membetulkan kesilapannya melalui tindakan praktikal, dan memberi respons kepada keprihatinan Iran yang munasabah, sekali gus menggalakkan perjanjian berkenaan dicapai seawal mungkin.