Kenapa AS Tergesa-gesa Hapus Maklumat Makmal Biologi

2022-03-10 12:25:04  CRI
Share with:

Kementerian Pertahanan Rusia akhir-akhir ini mendakwa pihaknya telah menemukan program bio-ketenteraan di Ukraine yang ditaja Amerika Syarikat (AS).

Pada penghujung Februari pula, Kedutaan Besar AS di Ukraine didapati tergesa-gesa menghapuskan dokumen mengenai makmal biologi AS di laman sesawangnya.

Menurut data yang disiarkan AS sendiri, negara itu mempunyai 26 makmal biologi di Ukraine, yang terletak di bawah kawalan mutlak Pentagon.

Makmal tersebut dilaporkan menyimpan banyak patogen yang berbahaya. Justeru, AS menghapuskan dokumen mengenainya kerana tidak mahu maklumat berkenaan diketahui Rusia. Ia juga bertujuan menolak tanggungjawab terhadap ancaman yang dibawa makmal biologinya kepada dunia.

AS dilaporkan mengawal 336 makmal biologi di 30 negara. Antara lokasi makmal tersebut telah menyaksikan "kebetulan" tercetusnya penyakit berjangkit luar biasa.

Padahal, aktiviti bio-ketenteraan juga dilakukan AS di negaranya sendiri. “Penyakit rokok elektrik” yang mempunyai simptom amat mirip dengan COVID-19 telah dikesan di kawasan komuniti berhampiran Makmal Biologi Fort Detrick. Kesangsian dalam hal itu masih belum dijawab AS.

Banyak bukti menunjukkan bahawa makmal biologi AS tersebut menjalankan aktiviti bio-ketenteraan atas nama “penyelidikan bagi tujuan damai”. Perkara ini juga dikenal pasti saintis negara itu yang mengakui makmal Pentagon melakukan penyelidikan senjata biologi.