Galas Tanggungjawab Ke Arah Perdamaian

2022-03-10 15:24:24  CRI
Share with:

China menyokong dialog antara Rusia dengan Ukraine ke arah perdamaian, serta usaha Perancis dan Jerman dalam mewujudkan kerangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.

Presiden Xi Jinping menerangkan pendirian itu semasa sidang kemuncak bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Olaf Scholz secara maya pada Selasa.

Xi menyuarakan harapan agar dialog secara sama rata digerakkan antara Eropah, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Kenyataan itu memperlihatkan China sentiasa menentukan pendirian berasaskan merit, sekali gus mencerminkan kebertanggungjawabannya selaku kuasa besar.

Hakikatnya, NATO yang diketuai AS menanggung tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan terhadap situasi semasa Ukraine.

Demi menamatkan krisis berkenaan, AS perlu mengetepikan mentaliti Perang Dingin dan memikul tanggungjawab sewajar, bukannya bertindak bagai menuang minyak ke api atau mencari kambing hitam.

Sebagai dua kuasa utama di dunia, China dan Eropah senada dalam usaha mengejar keamanan, pembangunan dan kerjasama, harus bersama-sama menyuntik elemen kestabilan dan kepastian kepada dunia.