Selepas Kapas Xinjiang, Sekarang Giliran Minyak Sawit Malaysia

2022-03-11 15:55:21  CRI
Share with:

Selepas sarung tangan getah, sekarang giliran minyak sawit Malaysia pula.

 

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) merampas empat penghantaran minyak sawit bernilai hampir USD2.5 juta (RM10.45 juta) Malaysia di Baltimore sejak 11 Februari lalu dengan dakwaan ia mengandungi unsur buruh paksa.

 

Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia melebihi RM8,000 satu tan buat pertama kali dalam 14 tahun ini pada awal bulan ini.

 

Ini bukan kali pertama AS mengeluarkan sekatan terhadap minyak sawit Malaysia.

 

Ramai netizen telah komen secara terus terang AS mengada-adakan isu buruh paksaan untuk agenda ekonomi dan politik saja dan ini telah terbukti dengan taktik kotor yang sama dikenakan kepada China.

 

Sekatan sepihak menjadi senjata Barat untuk membuli dunia, niatnya untuk menjadikan negara-negara membangun sebagai buruh paksaan mereka untuk selama-lamanya.

 

Menentang sekatan sepihak terhadap apa jua negara dan mempertahankan hanya PBB berhak mengenakan sekatan kepada sebuah negara adalah prinsip yang dipegang oleh China, Malaysia dan kebanyakan negara.

 

Pada 8 Mac lalu, Kesatuan Eropah menyeru Malaysia untuk ikut serta sekatan Barat terhadap Rusia. Respons Malaysia adalah menyeru dialog dan penyelesaian melalui rundingan, tapi tidak akan meletakkan sekatan sepihak, keputusan ini patut diserahkan kepada PBB.

 

Pendirian ini sama dengan China.

 

Manakala Jurucakap White House Joseph Crowley mengancam bahawa kalau China tidak ikut serta sekatan terhadap Rusia, pihaknya akan mengambil tindakan kena China?

 

Menyekat China kerana China tidak menyekat Rusia?

 

Masalahnya, AS tidak akan menyekat China kalau China ikut serta sekatan terhadap Rusia? Cuba tengok contoh Huawei dan kapas Xinjiang.

 

Jadi akan tindakan akan diambil oleh AS untuk membalas mereka yang tidak bersedia berlutut dibulinya?

 

Kita boleh tengok satu contoh yang sangat buruk.

 

Lithuania mengumumkan menarik balik lebih 400 ribu dos vaksin yang disumbangkan kepada Bangladesh susulan negara itu mengambil tindakan berkecuali dalam undian mesyuarat cemas PBB mengenai situasi Ukraine.

 

Maksudnya, negara lain kini tiada hak untuk mengundi berdasarkan pendirian diri di PBB? Taktik kotor ini sebenarnya menggunakan kesihatan dan nyawa rakyat Bangladesh untuk mengancam kerajaannya berlutut mengikuti agenda politik Barat!

 

Jadi kenapa taktik kotor ini dilaksanakan oleh Lithuania bukan AS atau negara Barat yang lain?

 

Sebab Barat nak terus mempertunjukkan tangan mereka yang bersih kepada dunia, pembulian terhadap negara lain patut dilaksanakan oleh negara lain atau dengan alasan yang cukup cantik, seperti buruh paksaan.

 

Manakala Lithuania yang telah berapa kali meminta penempatan tentera AS menjadi ‘tukang pukul’ yang sesuai.