Negara Maju Perlu Bekal Kewangan Iklim kepada Negara Membangun

2022-03-11 13:35:48  CRI
Share with:

China menyeru negara maju supaya membekalkan kewangan iklim yang mencukupi kepada negara membangun.

Demikian ujar Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam Mesyuarat Formula Arria mengenai Kewangan Iklim untuk Kedamaian dan Keselamatan Mampan di New York, pada Rabu.

"Jika negara maju benar-benar mahu mendorong tindakan iklim, mereka harus terlebih dahulu menjalankan tanggungjawab dan menunaikan janji termasuk menyediakan kewangan iklim yang mencukupi, telus dan boleh dapat ditentusahkan kepada negara membangun, termasuk negara yang berkonflik," jelas beliau.

Menurut Dai, pembekalan dana kepada negara membangun untuk membantu mereka menangani perubahan iklim dengan lebih baik bukan sahaja disifatkan sebagai tanggungjawab moral bagi negara maju, malah ia juga tertakluk di dalam Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Perjanjian Paris.

"Sejak Persidangan Perubahan Iklim Kopenhagen pada tahun 2009, negara maju masih tidak dapat menunaikan janji untuk menyediakan dana sebanyak USD100 bilion (RM419 bilion) kepada negara membangun setiap tahun.

"China, negara membangun terbesar yang mengatasi kesukaran ekonomi dan sosial negara secara sendiri, turut melaksanakan beberapa siri strategi, langkah dan tindakan dalam mengatasi perubahan iklim, di samping mengambil bahagian dalam tadbir urus iklim global sehingga mencapai hasil yang amat menggalakkan," tambahnya lagi.

Dai berkata, China akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan yang sebaik mungkin kepada negara membangun, bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mengatasi cabaran perubahan iklim, seterusnya melindungi Bumi.