Sasar 5.5 Peratus, Ekonomi Kekal Mantap: PM Li

2022-03-11 12:29:56  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi China dijangka menyederhana tahun ini kepada sekitar 5.5 peratus, kata Perdana Menteri Li Keqiang.

Menurut beliau, ekonomi China mencatat prestasi pertumbuhan yang mampan sepanjang tahun lalu, dengan agregat melebihi 110 trilion yuan (RM72.9 trilion).

“Peningkatan KDNK China pada kadar 5.5 peratus bersamaan agregat ekonomi sebuah negara bersaiz sederhana.

“Dalam lingkungan sejagat, bukanlah perkara yang mudah bagi satu entiti ekonomi besar seumpama untuk mengekalkan pertumbuhan sederhana pesat,” kata PM Li semasa sidang media di Beijing pagi tadi.

Beliau menyatakan, langkah-langkah yang diambil China tahun ini bukan sekadar untuk jangka masa pendek, sebaliknya bervisi jauh dan lebih mantap.

PM itu mengakui, pemodenan China memerlukan proses yang panjang, di mana pendekatan pembangunan perlu digunakan untuk merungkai permasalahan yang didepani.