Dasar Pintu Terbuka China Takkan Berubah

2022-03-11 15:02:02  CRI
Share with:


Dasar pintu terbuka yang diamalkan selama lebih empat dekad di China takkan berubah, kata Perdana Menteri Li Keqiang.

Beliau menyatakan, pelaksanaan dasar itu bukan sahaja menyaksikan pembangunan cukup besar dan membawa banyak manfaat kepada rakyat, malah juga dunia.

PM itu menegaskan, China menentang tegas monopoli dan persaingan tidak adil serta pengembangan modal yang tidak teratur.

“Kami (kerajaan) akan bertindak memastikan semua perusahaan, baik tempatan ataupun luar negeri berkembang secara adil, dengan prinsip persaingan yang saksama,” katanya dalam sidang media di Beijing pagi tadi.

Tambah beliau, ekonomi China sudah diintegrasikan ke dalam lingkungan sejagat, selagi ada peluang untuk memantapkan lagi perdagangan bebas berkat pelaksanaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

PM turut berjanji, semua jenis perusahaan yang beroperasi di China akan dilayan sama rata, sekali gus memperkukuh kedudukan China sebagai destinasi yang baik untuk pelabur global.