Tiba Masa Eropah Keluar dari "Perangkap AS"

2022-03-11 15:00:25  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang mengenai larangan import minyak, gas asli dan batu arang dari Rusia pada Rabu.


Sekatan tersebut adalah yang paling ketat dikenakan Washington ke atas Moscow setakat ini.


Seiring kesan penyalahgunaan sekatan makin menonjol, Eropah mula menyedari dirinya telah menjadi salah satu mangsa utama dalam krisis Ukraine.


Harga tenaga yang melonjak tinggi membuat penduduk benua itu berkeluh-kesah, manakala bekalan makanan dan isu keselamatan turut menghadapi ujian.


Hanya apabila situasi Ukraine mulai reda, barulah keselamatan benua Eropah dapat terjamin.


Bagaimanapun, AS, pencetus krisis Ukraine mengambil kesempatan daripada konflik berkenaan untuk membolehkan kompleks perindustrian ketenteraannya mengaut keuntungan, seterusnya menghimpit Rusia dan mengekang Eropah.


Tindakan AS tersebut bertujuan memperoleh lebih banyak cip tawar-menawar demi mengekalkan kedudukan hegemoninya.


Dari perspektif lain, Eropah menerima tamparan dalam pembangunannya kerana mengikut telunjuk AS mengenakan sekatan terhadap Rusia, sementara proses untuk merealisasikan autonomi strategik di benua itu terbantut.


Dalam erti kata lain, krisis Ukraine membolehkan AS menemukan cara untuk menghalang Eropah terlepas daripada kawalannya.


AS tidak pernah melihat Eropah sebagai sekutu yang sama rata, sebaliknya batu loncatan untuk negara itu mengekalkan kedudukan hegemoni.


Sudah terbukti bahawa pelaksanaan sekatan dengan mengikut rentak AS takkan menyelesaikan masalah sama sekali.


Perbuatan seumpama bukan sekadar mengakibatkan kerugian ekonomi, malah mengganggu proses penyelesaian isu berkenaan melalui saluran politik.


Bagi Eropah, sekarang tibalah masa melompat keluar daripada "perangkap AS" demi mewujudkan autonomi strategik.