Kesejahteraan Rakyat Terus Jadi Keutamaan

2022-03-12 15:34:42  CRI
Share with:

Isu-isu berkaitan kehidupan rakyat antara yang wajib dibawakan dalam sesi taklimat bersama perdana menteri sejurus selepas berakhirnya lianghui iaitu persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Selepas sesi lianghui tahun ini, Perdana Menteri Li Keqiang tampil di sidang media dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Aspek pekerjaan merupakan perkara terpenting dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat.

Pemantapan aktiviti entiti perniagaan boleh membantu meleraikan masalah pekerjaan.

Data rasmi menunjukkan, terdapat 150 juta entiti perniagaan serata negara, antaranya perniagaan milik persendirian sebanyak 100 juta, yang mewujudkan hampir 300 juta pekerjaan.

Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan perusahaan kecil dan mikro menerusi rebat cukai.

PM Li mengumumkan, bayaran balik cukai tambah nilai (VAT) kepada perusahaan seumpama selesai menjelang akhir Jun, manakala pemulangan berkenaan kepada sektor utama seperti pembuatan serta perkhidmatan intensif penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjelang tahun ini.

Sementara, sektor katering, penginapan, jualan runcit, pelancongan dan lain-lain juga akan memanfaatkan insentif pengurangan cukai yang disediakan kerajaan.

Pendek kata, entiti perniagaan yang mengalami kesukaran akan diberi bantuan secara bersasar.

Selain memantapkan lagi skim insurans perubatan, kerajaan terus memberikan keutamaan terhadap pendidikan wajib di luar bandar dan kawasan terpencil dengan menambah peruntukan besar.

Tawaran pelbagai inisiatif yang mesra perusahaan dan rakyat, bermakna lebih banyak perbelanjaan kerajaan.

Tahun ini, kerajaan China akan membelanjakan 2 trilion yuan lebih banyak berbanding tahun lepas.

Memetik laporan kerja kerajaan sebagai berkata, pihak pembuat dasar akan terus “mengetatkan tali pinggang".

China mengetatkan bajet bagi memastikan masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik, satu konsensus yang dikongsi wakil NPC dan anggota CPPCC sempena lianghui.

Sampai sini lebih mudah faham kerajaan China dapat meraih sokongan yang begitu tinggi daripada rakyat.

Barometer Kepercayaan Eldermen 2022 mendapati, tahap kepercayaan rakyat China kepada kerajaan mencapai 91 peratus tahun lalu, menduduki tangga pertama di dunia.

“Kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi demi menjamin dan menambah baik kebajikan rakyat”, itulah mesej yang ingin disampaikan PM Li ketika bercakap kepada media.