Makmal Biologi AS di Ukraine Terbongkar

2022-03-12 16:41:40  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyarankan Ukraine memusnahkan patogen berbahaya yang disimpan dalam makmal negara itu bagi mengelakkan ia terbocor akibat perang.

Menurut maklumat Kementerian Pertahanan Rusia pada Khamis, terdapat dokumen yang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya dari kalangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menjalankan penyelidikan senjata biologi di wilayah Ukraine.

Pihak Rusia juga mendakwa aktiviti biologi ketenteraan yang dilakukan AS di Ukraine serupa dengan yang pernah dilakukan Pasukan 731 tentera penceroboh Jepun di China.

Sejak peristiwa itu dibongkarkan, sejumlah pegawai AS didapati membuat kenyataan yang bertentangan antara mereka sendiri.

Fakta tidak dapat ditutup walau apa jua alasan dikemukakan AS.


Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa AS mengawal lebih 300 makmal biologi di seluruh dunia. Ini termasuk makmal yang mengendalikan program biologi ketenteraan di Ukraine.

Tatkala program itu dilaksanakan, sesetengah penyakit berjangkit yang luar biasa dikesan di Ukraine.

Sebagai satu-satunya negara yang mempunyai senjata kimia, AS berdegil menentang pembentukan mekanisme pemeriksaan multilateral konvensyen senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Untuk menghapuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap kesihatan seluruh manusia, siasatan perlu dijalankan pakar WHO terhadap semua makmal biologi kendalian AS.

AS juga perlu menunaikan kewajipan antarabangsa dan memberi penjelasan yang menyeluruh.