Genap 100 Hari Perkhidmatan Tren China-Laos

2022-03-13 13:50:50  CRI
Share with:

Setakat Sabtu iaitu genap 100 hari beroperasi, perkhidmatan tren China-Laos telah mengendalikan pengangkutan sebanyak 1.2 juta tan kargo antaranya 280,000 tan yang merentasi sempadan, selain menghantar 1.8 juta penumpang.

Dengan persekitaran operasi yang selamat, hijau, cekap dan mudah, kereta api tersebut menjadi cara perjalanan pilihan utama bagi penduduk tempatan.

Setakat ini, lebih 360 kereta api kargo merentasi sempadan telah dibuka di 13 provinsi dan bandar China untuk mengeksport barangan ke pelbagai negara termasuk Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura, dan Bangladesh.

Selain itu, perkhidmatan kargo sehenti "Ekspres Lancang-Mekong" juga diperkenalkan yang membolehkan masa perjalanan antara Kunming, China dengan Vientiane, Laos dikurangkan kepada 26 jam sahaja.