Import Eksport Shenzhen Manfaatkan Penguatkuasaan RCEP

2022-03-14 12:25:59  CRI
Share with:

 


Menurut statistik berkenaan, dalam tempoh selama dua bulan sejak berkuatkuasanya perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi, sebanyak 2,002 sijil tempat asal telah diberikan kepada syarikat yang berdaftar di bandar Shenzhen, manakala tarif yang dikurangkan atau dibebaskan mencatat RMB4.8 juta (RM3.17 juta), dengan melibatkan kargo eksport yang bernilai RMB500 juta (RM330 juta) lebih.

Pada 2021, skala import dan eksport bandar Shenzhen dengan anggota RCEP telah mencatat rekod baharu dengan mencecah RMB900 bilion (RM595 bilion), sekali gus menyumbang 3.7% kepada peningkatan keseluruhan perdagangan import dan eksport bandar tersebut.

Kini, Shenzhen berusaha mengambil peluang yang tersedia dalam penguatkuasaan RCEP untuk meningkatkan daya saing di persada antarabangsa di samping giat meningkatkan tahap keterbukaan yang lebih kondusif.